Masyarakat "Melayu" Sangat duka cita
Panggil "Siam"kepada Masyarakat "Melayu" Sangat duka cita
PATANI DARUSALAM: - Masyarakat Melayu Patani yang dijajah oleh Thailand merayu rakyat Malaysia supaya tidak memanggil masyarakat Melayu di negara jiran dengan panggilan 'Orang Siam' yang disifatkan sebagai menkafirkannya.
Beliau berkata panggilan 'orang Siam' kini menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat di Malaysia yang merujuk kepada masyarakat Melayu di emapat wilayah selatan Thailand.
Menurutnya, Masyarakat Melayu di negara ini lebih selesa dipanggil orang Melayu, kerana bagi orang awam panggilan "Siam" disamakan dengan "Kafir", dan 'Melayu' disamakan dengan "Islam" justru itu apabila seorang Siam memeluk Agama Islam" dipanggilnya orang siam "Masuk Melayu". Tapi bagi Pejuang Pembebasan Patani tidak mahu dipanggil orang Siam atau Thai kerana mereka tidak mengaku bahawa diri mereka orang Siam atau Thai Muslim.
Menurutnya kenapa pihak berkuasa Thailand selalu menyebut Thai Muslim kepada orang Melayu Patani kenapa tidak pernah menybut Thai Buddha kepada orang Siam apakah artinya itu ?.
Berdasar kepada beberapa hal tersebut, bagi masyarakat Melayu Patani apabila dipanggil orang Siam kepadanya merasa sangat-sangat keciwa.
Bagaimanapun sudah hampir satu abad lamanya Thailand menjajah Patani, namun bagi masyarakat Malayu Patani, tidak pernah merasa dirinya sebagai orang Siam atau Thai, sebaliknya masyarakat Siam atau buddha yang berada di empat wilayah selatan masih belum mengaku bahawa kami orang Thai mereka memanggil orang Melayu Patani ialah (kun kek) yakni orang asing.
Menurut beliau penjajah Thailand berkerja keras untuk menghapuskan bahasa melayu dan Bangsa Melayu di empat wilayah selatan, namun sampai saat ini belum juga terhapus, walaupun bahasa melayu di Patani tidak berkebang seperti di Malaysia dan Idonesia kerana dipondok- pondok masih mengajar kitab-kitab lama, tapi di sekolah-sekolah Agama bahasa melayu lebih maju sedikit. - PINA
1 ความคิดเห็น:
tulisan ini sangat bagus, cukup membuka mendar orang yang membacanya..
kenapa orang thai tidak panggil thai budha, namun sebaliknya mereka memanggil thai muslim, emm cukup kritis dalam membaca keadaan dan psikologi bahasa.
..
terimakasih penulis yang bijak..
tulis terus kawan..
by...pena darussalam
แสดงความคิดเห็น